Memaparkan catatan dengan label NASIHAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASIHAT. Papar semua catatan

Rabu, 25 Mei 2011

3D 2N


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca-pembaca sekalian...

 25 Mei 2011, Rabu. Hari pertengahan minggu. Minggu exam. Exam sem lima. Lima subjek. Subjek killer. Killer my pointer. Pointer for graduation. Aduh, dah masuk zon merepek. Ha3. Penulis sedang menghadapi dua minggu yang sangat-sangat getir namun masih lagi sompek mengepost blog. Ha3. Selingan. Minggu lepas, 19 Mei jawab kertas EDU3106, Budaya dan Pembelajaran. Rase dah macam jawab soalan Hubungan Etnik WAJ pulak asenye. Ha3. Tapi hakikatnya masih lagi menjawab kertas EDU. Hmm..Analisis refleksi penjawaban kesemua kertas itu ada di bawah ini:

EDU3106- Hmm..not bad...Kebanyakan yang dibaca melekat dan ade kait-kait sikit. Mcm respon sblum2 nih, rase dh mcm jwab soalan Hubungan Etnik plak..Huhu~

BMM3109- Haa..Yang nih lg laa heaven. Mcm back to school smule plak asenye..Ha3..Alhamdulillah berkat dan restu serta reda ilmu daripada pensyarah, saya dapat menjawab dengan mudah, lancor, dan penuh dedikasi (*tetibe)..Erm, I think it's can be considered as twinkle-twinkle little star la mei..(merepek)..senang kate..TRBAEKK!!!

BMM3110- Err, mari kita dengar ape kata survey? Ha3..dh mcm tv show Famili Ceria plak..Ish3.. Paper smlm tu..erm..Bg penulis tidaklah begitu sukar..sebab..biasenya sepanjang exam yg dh msuk 4th years since 2007 di sini, paper tu ase teruk kalo mase jwb kepale berdenyut2, jari berkematu, berpeluh tahap 5..Ha3..Kalo cmtu memang mksudnye paper tu agk susah dan tough r..Neway, paper nih mcm biase2 je..Sekian, ha3..

Hmm..It's looks like this horror examination reaching exit door..Another two more papers while the rest three piece of shits were officially and successfully answered and emitting such 'A' sparks. Ha3. Ish3..Astaghfirullah Al-azim..But, anyway, to all my beloved unit G students please take a serious attention for these two last paper. Even though you think its' just college's own-home-made question but, what I want to say here is, be focus and give your fully and all-out-best answer. I extremely believe all of you can do it. Good luck guys!!!

Fuh, ponek den tulis gune Google Translate..Ha3..takdelah..Tlis snirik kott..Huhu..Lepas exam nih, ade banyak bende nak buat tapi nanti2lah..Tunggu jelah next post akan datang..Adios au revoir. =)

Ahad, 31 Oktober 2010

ANDAIKAN....


Assalamualaikum...Salam 1Malaysia...

Andaikan...
Kita dilahirkan dengan menggenggam amanah dan kesaksian kepada al-Khaliq,
Kita dibesarkan dengan penuh pengharapan dan impian,
Kita membesar...terus membesar...dan semakin membesar,
Akal dikurnia pembeza darjat,
Sebaik-baik ciptaan...bersyukurlah,

Andaikan...
Jika amanah dan kesaksian itu dikhianati,
Jika pengharapan dan impian yang menggunung tinggi disia-siakan,
Jika akal yang dikurnia diperbodohkan dan diperhanjingkan,
Mana rasa malu kalian semua???

(Versi Bahasa Jawa)
Let's imagine if...
We were born with a couple of witnesses and pledge to The Creator,
We were raised up with a tonne of hopes and desires,
We grow bigger..bigger..and bigger...
Mind awarded differentiate us with animals,
We are as well as great creations...be grateful of it,

Let's imagine if...
They got betrayed,
They been treated miserably,
(Ntah...aku xtau nak translate..ha3)

(Ni Na, 2010)
Tolonglah...boleh tak jadik orang brguna ckit. Toksah lah nak jadik manusia tamak duk kejar glory. Takde maknenye klau dh buat ikot jln blkg..Nk putaq belit plak...ingat orang len xtaw ke? Gelojoh nak mati. Hish, tolonglahh...jgn jdik hipokrit. Tak malu ke klau public dh tau pekung korang? Jgn jdik buduh. Smart skit pikiaq tu msa nk bertindak. Pkirkan implikasi mendatang jgn duk nk jd mnusia tamak k...Moga dapat berubah coz blum trlambat. STK~

Selasa, 13 April 2010

TEGANG...STRESS...SAKIT PALE

CARA MENANGANI STRESS


  1. Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
    - Cari masalah dalam diri satu persatu.
    - Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.
  2. Letakkan Keutamaan
    - Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
    - Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kpd yang lebih penting.
    - Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.
  3. Selesaikan Masalah Satu Persatu.
    - Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
    - Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
    - Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah
  4. Menangis
    - Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.
    - Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.
    - Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.
  5. Ketawa
    - Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
    - Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
    - Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.
  6. Bersenam Atau Beriadah
    - Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh
    - Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
    - Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan
  7. Menyanyi, Menari Dan Menjerit.
    - Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata
    - Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh
    - Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.
  8. Curahkan Perasaan Dalam Diari.
    - Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
    - Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
    - Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catatan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.
  9. Luahkan Pada Sahabat Karib.
    - Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.
    - Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.
    - Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu
  10. Meditasi Atau Bertafakur.
    - Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.
    - Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan.
    - Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.
Hmm...cubalah antara semua cara tu...Mana tahu kan, ada sikit-sikit langkah tu berkesan ke...huhu...Kepada yang sedang mengambil exam, rilek, sabar, tenang, sempoi, be smart, jgn kelam-kabut, jengan gelut, jangan cepat latah, jangan cepat marah...Tarik nafas dalam-dalam, ingat Tuhan, dekatkan diri dengan Tuhan. InsyaAllah jiwa anda akan tenang. =)

Sabtu, 13 Februari 2010

KUKERINDUAN..

Assalamualaikum...Salam 1Malaysia

Sabtu, Saturday, Yaumus Sabtu..Tiga perkatan yang menggambarkan definisi hari keenam dalam seminggu...13 Februari 2010..Ya, semakin hari tersebut ke hadapan, semakin sunyilah hati ini tanpa teman...Sehari kurasa seperti setahun...There's another week to be faced..hu3...(btol ke ayat tuh)... Ku mampuih, mampuih dengan 1000 erti...tiada pengertian...tiada signifikan...mana hendakku mengadu naseb nih???lapar atau kenyang ku tak kira...tu small matter...tapi walau banyak mane skalipown ak mkan..mgkin xsekenyang bila bersama........uh, susah untukku kenangi memori sedemikian...dalam hidupku yang mencecah 22 tahun ini, entahla...apa sahaja yg kufikirkan...tapi tiada jalan penghujungnya..ngokngek...macam2 ak nak pikir...akademik??? sahsiah??? praktikum???(taun depan) elaun??? awek???(PALING BESAR dan BERAT) etc...wuish...suda naik beruban kepala ni...mujurlah ade dye itam lebihan rumet..ha3..lumur jelah...pointless...huhu...pe ak nk ckap sebenornye nih...erm...yess...

Nothing..Actually rasa rindu kat famili di "Abode of Dignity"...erm..tapi...macam malas nak terbang ke sana...haih, mengarot tol lah..Agak penin memikirkan timbunan kerja yang mulai tertunggak... Kerja Kursus, BIG, Sabah bah, rumah sewa, fail MQA..haduh, suck...pocah palo den..ak lg sakit ati bila duk teringat pasai si fulan yang sungguh menggeramkan ati aku...siyusli xpenh ak berperasaan sedemikian rupa...eeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!..ak plg xthan msa ad yg buat persembahan nasyid ala menganjing2 psal isu2 tertentu...ak kata dlam ati.."ade yg pcah muka ni kang"...huh!!!...rsa lau ikut ati memg nk rapping mencarut 2 batu tanpa henti aje...tapi,,,,,,,,isk... sabar2...aku memang akan berbuat sedemikian kalau ada orang yang starting dulu...kata orang diktator lah...autokratik lah...kepala hotak ko...cesss...

Ko kene ingat...jangan sampai tahap aku buat sampai ko nanges...setakat seksaan material tu ak no hal...tapi jangan sampai ak buat seksaan spiritual...dulu Salamon (bukan nama sebenar) dah kena cket dengan ak pasal dia buat taik dgn ak...jangan sampai legasi tu sampai kat ko plak...tu pesan terbaik ak kat ko...sampah punye orang...kalau berani meh la face to face...xpayah nak bawak pasukan cheer lady cap anjing ko wat bekap...yg kroni2 cheer lady pown satu hay gak...kome tak usahlah nk menyibuk hal ak dengan dia...ak siku kang baru tau...tu lum kena sembur lagi tu...lau dah kena, seyus tobat xmoh buat ag...jadi, nasihat aku kat korang...xyahla nak masok campor dalam urusan ak dengan si f*c* ni...(Astaghfirullahal Azim)...xpenah aku tulis sedemikian rupa dalam laman maya...tapi apakan daya nafsu amarah telah menguasai segenap horizon pemikiranku ini...tanganku yg lemah ini xmampu nak menahan kudrat tulisan yg terus mencoretkan nista hina kepada ****...

Kalau setakat jadik *** xpayah lah nak tnjuk tembelang soh chai ko tu...ak pown xhingin r...berambus same lu...ko ingat ko perfect ke hah nak melangkau keutamaan org lain???hah??? ko nak merasa kompang Jawa made of Malay Palm aku???ko wat jelah keje ko...toksah lah nak nyebuk hal orang lain...kalau ko rase org benci kat ko tu tengok-tengoklah diri ko tu...xyahlah nak bongkak setakat baru jdik *** je...ko xkan ke mana dengan bnda aram tu...

Way to overcome

1. Look at yourself. Mirror yourself (betol ke ayat ni)...Kalau setakat nak glemer dgn bnda aram tu, bek ko lucut baju je..eh clap, resign..hehe

2. Jangan pikir ko tu mulia sangat dan kuat kalau setakat ada dua-tiga bacul person belakang ko...entah deme nk tolong ko tak NANTI...

3. Aku takkan mintak maaf kat orang unless memang totally dan ultimately aku yg buat benda tu. So, paham2 je la ek...

4. ENGKO kene MINTAK MAAF (tak kesah r via sms ke, personal ke, public ke (better), etc.) dan admit ape bnda haram yg ko dah wat.

5. Ko kene note yang ramai org sangat2 benci kat ko...Memang deme xtunjuk officially tapi benda tu hanya menunggu masa shj untuk blast dan boost dan erupt...jangan sampai bnda tu meletus then ko akn menyesai xsudah smpey ble2...

6. Dah abeh..idealess..ha3...

Sesungguhnya, perjuangan yang suci bermula dengan intention yang suci-muci diikuti dengan segenap keikhlasan kita dan barulah dibantu dengan talian hayat sekeliling pasti akan berjaya (istiqamah tertinggal)...iR

Jumaat, 5 Februari 2010

BATIL YANG HAK, HAK YANG BATIL



Assalamualaikum...Salam 1Malaysia
Petikan daripada Ustaz Shaari Mustapha.
Tanda-tanda awal kiamat. Ada tiga tanda-tanda UTAMA yang harus diambil perhatian semua:

1) Agama menjadi ‘pelik’ pada kebanyakan orang.

Sebagaimana hadis Nabi SAW, “Islam bermula dengan dagang, dan kembali dengan dagang”.
Maka berbahagialah orang yang dagang, yang benar dan tepat pada ilmu dan amalannya. Maksud hadis, ialah cara hidup umat Islam zaman dahulu, menjadi keganjilan dan kepelikan kepada umat manusia zaman ini.
2)
Akan datang kepada umat Muhammad, fitnah yang berlaku kepada umatnya seperti malam yang gelap pekat.- al hadis.
Maksudnya, fitnah akhir zaman amat hebat sehingga membutakan setiap mata dari melihat kebenaran.

Tiga skop utama kebutaan tersebut ialah:-
a) Orang Islam sudah tidak menghiraukan ilmu akhirat.
b) Orang Islam hanya mementingkan makan dan minum sahaja.
c) Orang Islam hanya menguruskan kehidupan dunianya sahaja.
3) Orang Islam meletakkan ‘harta’ sebagai segala-galanya dalam hidup mereka. Ia seolah-olah menjadi ‘binatang buruan’ tidak kira masa dan di mana sahaja.


SOLUSI:

  1. Kembalilah ke pangkal jalan. Renunglah kembali di manakah tempat kita yang sebenarnya. Adakah kita berada di dunia ini secara ajaib (melalui poket Doraemon???).
  2. Tak perlulah hendak berbangga dengan apa sahaja kelebihan yang diperoleh kerana hal tersebut akan lebih menyesatkan kita (jika disalahgunakan).
  3. HORMATI orang yang melakukan kebaikan kepada kita hatta orang tersebut ialah pencacai angkat najis b**i.Haha..Adapun kalau mereka hendak berkata kebaikan kita perlu menghormati mereka.
  4. Jagalah pemakanan kita dengan sebaiknya. Bersyukurlah dengan keajaiban ciptaanNya yang lengkap dan kompleks, cantik sudah berada dalam tubuh badan kita.
  5. Elakkan mambang-mambang yang tidak berkaitan. Jangan kerana tidak dapat menerima kebaikan yang diberi oleh orang lain, kita memaki hamun mereka serta menyalahkan mereka. Biasalah dah nama pun darah muda.
  6. Terimalah teguran dengan hati terbuka. Tak perlu nak hentam penegur dengan teruk sampai beliau sakit jiwa dan masuk Hospital Bahagia Tanjong Rambutan..Haha~
  7. Kalaupun hendak membenci benda itu, cukuplah dengan membenci dalam hati. Itulah selemah-lemah iman manusia.
  8. Hai mambang tanah, mambang api, mambang ayor, mambang angin. Mambang yang berasal dari Gunung Semambang. Berdampinglah dengan ku wahai mambang. Hanya itulah pintaku padamu..(Petikan skrip filem 'Pendekar Bujang Lapok')..Haha
Sekian, terima kasih. Wallahu A'lam.=)

Selasa, 29 Disember 2009

SEMAKIN HAMPIR KE..



Assalamualaikum...Salam 1Malaysia
...

Hye apa khabar semua? Harap masih lagi sihat sejahtera. Maklumlah cuti panjang ni kan. Semua dah tak tau pebende cerite. Entah idup lagi ke tak. Silap2 ade ya uda kawen kot..haha..arap2 xjadik cmtu lh...igt2 ckit...especially yang masih dlm latihan perguruan. No pregnant plizz...haha.. cis, walau apa pun, saya harap anda semua masih lagi seperti kali terakhir berjumpa saya sebelum cuti aritu.Okeh,tamat ayat merapek...masuk ke dalam isi perbincangan kita iaitu 'SEMAKIN HAMPIR KE..'hah, apa maksud frasa tu?erm, syurga?bilik mandi??loo??haha..sume salah..sbenornye, maksudku ialah hanya tinggal tak berapa hari lagi utk kita kembali ke pangkalan latihan di UK. haha..ayat belit2..ngokngek.. huhu..UK tu ulu kinta lerr..hoho..skarang dah 29hb...jadi, tinggal empat atau lima hari jerk untuk kita brmanja dgn mak abah atau ahli keluarga...haha...mesti ade yang kata "Alaa, nak cuti lagi!!!". Tak kurang pon ade yang kata "Isk, lambatnye nak abes cuti nih!!!"..haha..hah, adepon macam2 mnde yang keluor dari mulut anda sume, terimalah hakikat. tak perlu nak tolak fitrah dan qadar yang telah ditentukanNya..huhu..ayat pedas..kah3..hah, benda yang kita tak boleh kejar kat dunia ni bukanlah haiwan terpantas di dunia, Cheetah ataupun manusia terpantas di muka bumi, Usain Bolt..haha..akan tetapi satu-satunya benda yang memang sangat mustahil kita nak kejar biaq apepown bantuan teknologi yang tercanggih skali, kita tidak mampu untuk mengejar MASA YANG TELAH BERLALU...Demi masa!!!Sesungguhnya manusia itu memang sering berada di dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh. Juga mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran serta mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran (Al-'Asr 1-3). Oppss, terkeluar..heheh~

Dalam kita hendak mencapai cita-cita, terdapat pengorbanan yang harus dibuat. Tak kiralah wang ringgit ke, tenaga ke, mental ke. Kesemuanya berkemungkinan. Oleh itu, terpulanglah kepada kita yang dikurniakan oleh Allah kebijaksanaan akal fikiran yang membolehkan kita membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Juga mengangkat darjat manusia lebih mulia daripada haiwan..Eh2..tersasul..haha..xdalh..huhu..janganlah kita asyik duk merungut je..sikit2 xnak balik..sikit2 xnak balik..mane boley cmtu yeop/yong..huhu..cuba lah berkorban cikit..tak perlu banyak2 kalau ko xbleh..haha...xkanlah susah sikit pn nak merungut kan..mak abah kita dulu..rasanye lagi susa dan adventure idup deme kan??Ade yang pegang senapang, pegang parang nak lawan penjajah. Pegi skolah bawak duit 5 sen je..ada tu, xpenah bawak langsung duit g skolah..haha..mak dia kata "Nah, ko bawak bekal ubi kayu goreng ni, xpayah nak ngengade bawak duit. Kita ni bukan orang kaya nak nunjuk duit kat orang." sampai camtu skali ayt dia taw...yang si anak ni pown, folo je sebab takut dan patuh kpd ckp mak abah. Kalau x, abeh buntut kene bambu..haha...drp birat jalur 3, bek ak kenyang perut bawak ubi tu.Hah, sampai cmtu skali keadaan deme demi utk mencapai kesenangan idoup terkemudian hari..

Jadi, ape lagi yang kita nak generasi sekarang???rasenye dah xda lg bnda yang susah...api ayor ade kat uma...duit belana berkoyan-koyan..haha...nset 3 serangkai di tangan(tu belum nset no posped lg)..haha..estro lagi?PS3 lagi? PSP lagi?haha...moto?keta?toksah citer lah...org kampong pon bole pakai mercedes skrg..wahahaha..apo nak dikato(blues gang)..hoho... nikmatilah kesenangan pada masa sekarang berkat usaha perit jerih air mata generasi terdahulu yang telah bersusah payah. Ate kalau susa cket tu, toksah lah nak dilyan..belasah jer loorr..pe nak susa...haha...pepatah arab kata "Siapa berusaha pasti berjaya". Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan (pekasam basi jangan lah..haha), Genggam bara api, biar sampai jadi arang (tak penah dibuat orang..haha). Sambil menyelam minum ayor (buncit perot..huhu)..banyak peribahasa yg ad kaitan dgn kejayaan nih...sumer tu direka oleh nenek moyang kita dlu tak len tak bukn, utk naikkan semangat anak cucu mereka sehingga lah ke generasi kita sekarang..hoho..lidah pendita..Jadi, berusahalah untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

Cukup leteran untuk kali ini. Kepada pelatih guru Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, selamat menempuh semester baru. Balik jangan tak balik. Toksah lah asyik nak berkepit je kat celah ketiak mak kamu tu..haha...baliklah bile da sampey msa..kpd yg nek bas, hati2..jgn nek bas double decker nti ..........................haha(jahat ak nih)...kepada pelatih dari negeri Kelantan, moh beramai-ramai kelik maktab naik bas catar Shahril. Seat ade kosong lagi. Tempahan sila hubungi beliau di talian 01x-5xxxxx1..haha..secret..cari sniri..yg drive keta, pastikn anda btol2 fit. tdo msti cukup, angin tyar keta, brek, ayor radiator, ayor wiper, minyak itam ok lg ke tak..tu bnda penting weyh...y tunggang moto, bawaklah sebagaimana anda membayar cukai sebanyak RM2(tak cmpur insurans). Toksah lah nk tunggang seolah-olah anda mmbyr cukai Toyota Alphard (xtaw brape..haha).Pakai topi keledar penuh. Jgn pakai helmet kekura..HARAM!!!huhu...Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum.=)

Khamis, 17 Disember 2009

Selamat Tinggal Buku Lamaku...Selamat Datang Buku Baruku...




SALAM MAAL HIJRAH 1431 BUAT SEMUA SAHABAT YANG BERAGAMA ISLAM. MARILAH KITA SAMA-SAMA MELAKUKAN TRANSFORMASI KE ARAH PENJURUSAN LEBIH POSITIF DEMI KEBAHAGIAAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT.=)

Sedikit Madah Untuk Semua...

Pada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral.

Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat manusia terus hancur dan musnah. Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam mengimbau kembali peristiwa tersebut, Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya'(Ali ‘Imran:103)

Ayat tersebut antara lain menjelaskan bahawa keadaan manusia yang hampir-hampir rosak binasa dan akan menerima akibat yang lebih buruk di akhirat telah diselamatkan menerusi pengutusan rasul untuk memandu mereka ke jalan yang benar dan akhirnya mereka terselamat.

Bagi mengubah masyarakat supaya berada dalam keadaan selamat, Rasulullah s.a.w telah berhempas pulas mengorbankan segala apa yang ada dan ini diikuti pula oleh sahabat-sahabat baginda yang setia. Dalam tempoh 23 tahun, usaha tersebut dicurahkan oleh baginda dan akhirnya mencapai matlamat iaitu berjaya mengubah dan menyelamatkan masyarakat dunia dari kehancuran dan kerosakan.

Dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w membuat perbandingan tentang usahanya itu yang bermaksud:

'Antara aku dan kamu diumpamakan seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Maka datanglah segala unggas dan binatang-binatang kecil yang berterbangan lalu jatuh ke dalamnya, sedangkan lelaki itu berusaha untuk menahan benda-benda tersebut dari jatuh ke dalamnya. Aku memegang dengan kuat ikatan pinggang kamu supaya tidak jatuh ke dalam api, sedangkan kamu terlepas dari peganganku.'

Hadith ini menggambarkan keadaan manusia yang menuju kepada kebinasaan sedangkan mereka tidak mengetahuinya. Manakala Rasulullah s.a.w pula berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka agar terlepas dari kebinasaan itu. Akhirnya masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab telah dapat mencabar kuasa dunia iaitu Rom dan Farsi seterusnya muncul selepas itu sebagai sebuah masyarakat yang mengambil alih kuasa dunia.

Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a berjaya mengubah masyarakat dari sudut kepercayaan, sikap, moral, cara berfikir dan segala-galanya, termasuk perubahan pengorbanan daripada tertumpu kepada sesama manusia kepada tertumpu kepada Allah. Masyarakat manusia berjaya dipindahkan dari dua keadaan yang perbezaannya sangat jauh.

Dalam menyusuri perkembangan sejarah, selepas kejayaan kali pertama maka masyarakat Islam mengharungi jatuh bangun dalam pentas pergolakan dunia dan ia berkait rapat dengan komitmen mereka terhadap agama Islam yang suci. Era kemalapan umat Islam kali terakhir berlaku pada awal abad ke-20. Sejak kejatuhan Khalifah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924, masyarakat Islam semakin terumbang-ambing di gelanggang dunia. Kini masyarakat Islam masuk ke era kelemahan dan keruntuhan yang menyeluruh. Masyarakat Islam yang berpecah-pecah berdasarkan kawasan dan negara, menjadi sebuah masyarakat yang sentiasa dicabar dan dihina di mana-mana. Menjelang abad ke-21, masyarakat Islam diganyang di merata-rata seperti di Yugoslavia, Iraq, Palestin, Kosovo dan di seluruh pelosok dunia. Apa yang berlaku sekarang jelas sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud:

'Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.'

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa sampai suatu masa orang-orang Islam samalah seperti satu hidangan yang dikelilingi oleh sekumpulan orang yang lapar lagi gelojoh makan. Tiada sedikitpun perasaan bimbang dalam hati orang bukan Islam untuk melakukan apa sahaja yang disukai terhadap orang-orang Islam kerana mereka sangat lemah.

Ada bermacam-macam jawapan apabila ditanya sebab kelemahan masyarakat Islam sekarang. Ada yang berpendapat ia berpunca dari kelemahan politik dan perpecahan di kalangan masyarakat Islam. Ada yang berpendapat kerana kelemahan ekonomi, kelemahan pendidikan dan pencapaian ilmu ataupun kerana kelemahan dalam pencapaian sains dan teknologi. Ada yang memberikan alasan kerana kelemahan iman atau kerana tidak mengikut arahan agama dan bermacam-macam lagi.

Namun berdasarkan hadith itu tadi, jelas menunjukkan bahawa sebab kelemahan masyarakat Islam ialah hilangnya semangat berkorban dari dalam diri mereka. Umat Islam sudah tidak sanggup berkorban untuk tidak cintakan dunia atau berkorban untuk tidak takut mati. Mereka cintakan dunia sehingga sanggup memilihnya dengan membelakangkan kepentingan agama. Mereka juga takutkan mati apabila dituntut oleh agama bangun memperjuangkan sesuatu kebenaran. Inilah sifat-sifat negatif yang menjangkiti umat Islam.

Roh Ma’al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.

Masyarakat Islam kini agak jauh terpesong dari landasan agamanya. Sebagai contoh, sungguhpun agama menuntut agar umatnya menuntut ilmu, tetapi kenyataan yang ada, sehingga kini sebahagian besar masyarakat Islam adalah buta huruf. Islam juga menuntut umatnya bersatu padu. Namun realiti masa kini umat Islamlah yang paling ramai berpecah belah. Demikianlah juga, Islam menuntut umatnya supaya rajin, berdisiplin dan menjaga masa tetapi orang Islamlah yang kurang berusaha, tidak berperaturan dan suka membuang masa.

Jika dilihat kepada dasar-dasar ajaran Islam itu sendiri, peluang orang Islam untuk maju dan mulia dalam dunia masa kini amatlah cerah. Ini kerana orang Islam mempunyai aset yang mencukupi dalam rangka untuk menempah kemajuan iaitu dorongan dari ajaran Islam dan aset material.

Aset galakan dan dorongan agama ini dapat dilihat dengan jelas di mana Islam sangat mementingkan ilmu dan mewajibkan ke atas setiap umatnya menuntut ilmu. Agama juga menuntut orang Islam sentiasa membina kekuatan dan kemuliaan. Kewajipan ini mendorong kuat umat Islam berusaha mencapai kekuatan dan kemuliaan pada setiap masa dan ketika. Ajaran Islam juga sangat mementingkan pegangan hidup yang mantap dan akhlak mulia. Islam juga mewajipkan umatnya menjalankan aktiviti kehidupan dengan bersih, ikhlas dan amanah.

Oleh itu, galakan-galakan seperti ini sangat penting dan menjadi modal yang besar kepada masyarakat Islam dalam mengembalikan keagungan dan kegemilangan zaman emas umat Islam.

Di samping itu, umat Islam memiliki aset material yang besar dan utama yang tidak dimiliki oleh kuasa kuffar. Petroleum, gas asli, bahan galian, sumber air, hasil hutan, bahan makanan, bilangan penganut dan banyak lagi adalah sumber kekuatan umat yang sentiasa menjadi bahan rebutan dan eksploitasi oleh golongan kuffar. Dengan adanya aset-aset tersebut dan manfaat secukupnya maka tidak mustahil masyarakat Islam menjadi satu masyarakat yang kuat dan maju sebagaimana yang pernah ditempa pada suatu ketika dahulu.

Perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a dari kota Mekah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Mekah ke Habsyah, merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Untuk terus maju dan mencapai kemuliaan, masyarakat Islam tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya menyerah kepada takdir. Umat Islam dahulu telah berjihad secara habis-habisan, maka sebab itulah mereka berjaya meletakkan Islam di tempat yang mulia dan sepatutnya. Kini giliran kita memberi sumbangan kepada agama yang suci ini agar ia terus berkembang dan dihormati. Sesungguhnya bumi ini dan segala apa yang ada padanya adalah hak kepunyaan umat Islam. Di tangan orang Islamlah selayaknya ia harus ditadbirkan. Firman Allah s.w.t yang maksudnya:

'Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz, bahawasanya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh'

(al-Anbiya’:105)

Ayat tersebut menjelaskan kepada orang Islam tentang hak mereka mewarisi pentadbiran bumi ini, tetapi dengan syarat bahawa mereka terdiri dari golongan orang-orang yang soleh. Jika syarat tersebut luput, maka mereka tidak berhak apatah lagi layak mendapatkannya.

Bagi melepaskan diri dari kongkongan kelemahan dan kehinaan, maka umat Islam perlu melihat hijrah dalam pengertiannya yang luas iaitu perubahan diri menuju kepada kegemilangan di dunia dan di akhirat. Untuk itu maka langkah yang perlu diatur mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yang teratur dan betul.

Perubahan ke arah kemajuan dan kemuliaan ummah bermula dengan pengisian kefahaman bahawa Islam adalah agama yang agung dan mulia maka umatnya juga jelas adalah umat yang agung dan mulia. Namun ia hanya dapat dicapai menerusi kekuatan spiritual, moral, fizikal, dan daya cipta serta kesatuan umat itu sendiri. Masyarakat Islam juga wajib memahami bahawa segala ilmu yang baik dan berfaedah kepada manusia adalah termasuk ke dalam ilmu yang disukai dan dituntut oleh Islam. Oleh itu, menuntut ilmu yang bermanfaat adalah satu kewajipan dan dikira berdosa mereka yang mengabaikannya. Masyarakat juga perlu memahami bahawa mereka merupakan pewaris yang sah kepada kepimpinan bumi ini. Tanpa pertunjuk dan panduan hidup dari Allah Tuhan semesta alam, mustahil kaum lain yang mensyirikkan Allah s.w.t layak mentadbir bumi yang diciptakan-Nya.

Di samping kefahaman, beberapa gerak kerja juga harus diatur oleh masyarakat Islam untuk tujuan kemajuan dan kemuliaan Islam iaitu menceburkan diri dalam pelbagai kajian dan penemuan dengan lebih kuat daripada masyarakat lain, asalkan ianya berfaedah dan tidak bercanggah dengan batas-batas syarak. Masyarakat Islam juga perlu bergerak dan bekerja secara terbuka tanpa terikat dengan kongkongan pemikiran yang sempit dan merugikan. Dan juga perlu menghidupkan dan menghayati semangat jihad iaitu bersungguh-sungguh dan berkorban dalam mencapai cita-cita murni yang bertepatan dengan Islam. Umat Islam tidak dapat tidak mesti memperkukuhkan tonggak kekuatan yang terdiri dari kekuatan akidah, fizikal dan material. Mereka juga perlu mempertingkatkan usaha melahirkan masyarakat yang soleh dan seimbang dari segi rohani dan jasmani kerana ia menjadi syarat mewarisi teraju kepimpinan bumi ini.

Masyarakat Islam yang kian pudar dan kian hilang kekuatan tidak boleh dibiarkan terus berada dalam keadaan seperti ini. Masyarakat Islam pada hakikatnya mempunyai aset dan sumber kekuatan yang perlu digerakkan dan dimanfaatkan demi kemajuan dan kemuliaan umat. Kita mampu berbuat demikian jika kita mahu kerana bekalan sudah tersedia. Jika generasi awal umat Islam boleh melakukannya maka mengapa kita tidak boleh. Sesungguhnya Ma’al Hijrah merupakan titik tolak yang paling sesuai ke arah itu.=)

Sumber dipetik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
.