Selasa, 13 April 2010

TEGANG...STRESS...SAKIT PALE

CARA MENANGANI STRESS


  1. Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
    - Cari masalah dalam diri satu persatu.
    - Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.
  2. Letakkan Keutamaan
    - Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
    - Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kpd yang lebih penting.
    - Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.
  3. Selesaikan Masalah Satu Persatu.
    - Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
    - Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
    - Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah
  4. Menangis
    - Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.
    - Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.
    - Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.
  5. Ketawa
    - Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
    - Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
    - Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.
  6. Bersenam Atau Beriadah
    - Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh
    - Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
    - Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan
  7. Menyanyi, Menari Dan Menjerit.
    - Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata
    - Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh
    - Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.
  8. Curahkan Perasaan Dalam Diari.
    - Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
    - Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
    - Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catatan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.
  9. Luahkan Pada Sahabat Karib.
    - Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.
    - Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.
    - Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu
  10. Meditasi Atau Bertafakur.
    - Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.
    - Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan.
    - Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.
Hmm...cubalah antara semua cara tu...Mana tahu kan, ada sikit-sikit langkah tu berkesan ke...huhu...Kepada yang sedang mengambil exam, rilek, sabar, tenang, sempoi, be smart, jgn kelam-kabut, jengan gelut, jangan cepat latah, jangan cepat marah...Tarik nafas dalam-dalam, ingat Tuhan, dekatkan diri dengan Tuhan. InsyaAllah jiwa anda akan tenang. =)

Tiada ulasan:

.