Jumaat, 5 Februari 2010

BATIL YANG HAK, HAK YANG BATIL



Assalamualaikum...Salam 1Malaysia
Petikan daripada Ustaz Shaari Mustapha.
Tanda-tanda awal kiamat. Ada tiga tanda-tanda UTAMA yang harus diambil perhatian semua:

1) Agama menjadi ‘pelik’ pada kebanyakan orang.

Sebagaimana hadis Nabi SAW, “Islam bermula dengan dagang, dan kembali dengan dagang”.
Maka berbahagialah orang yang dagang, yang benar dan tepat pada ilmu dan amalannya. Maksud hadis, ialah cara hidup umat Islam zaman dahulu, menjadi keganjilan dan kepelikan kepada umat manusia zaman ini.
2)
Akan datang kepada umat Muhammad, fitnah yang berlaku kepada umatnya seperti malam yang gelap pekat.- al hadis.
Maksudnya, fitnah akhir zaman amat hebat sehingga membutakan setiap mata dari melihat kebenaran.

Tiga skop utama kebutaan tersebut ialah:-
a) Orang Islam sudah tidak menghiraukan ilmu akhirat.
b) Orang Islam hanya mementingkan makan dan minum sahaja.
c) Orang Islam hanya menguruskan kehidupan dunianya sahaja.
3) Orang Islam meletakkan ‘harta’ sebagai segala-galanya dalam hidup mereka. Ia seolah-olah menjadi ‘binatang buruan’ tidak kira masa dan di mana sahaja.


SOLUSI:

  1. Kembalilah ke pangkal jalan. Renunglah kembali di manakah tempat kita yang sebenarnya. Adakah kita berada di dunia ini secara ajaib (melalui poket Doraemon???).
  2. Tak perlulah hendak berbangga dengan apa sahaja kelebihan yang diperoleh kerana hal tersebut akan lebih menyesatkan kita (jika disalahgunakan).
  3. HORMATI orang yang melakukan kebaikan kepada kita hatta orang tersebut ialah pencacai angkat najis b**i.Haha..Adapun kalau mereka hendak berkata kebaikan kita perlu menghormati mereka.
  4. Jagalah pemakanan kita dengan sebaiknya. Bersyukurlah dengan keajaiban ciptaanNya yang lengkap dan kompleks, cantik sudah berada dalam tubuh badan kita.
  5. Elakkan mambang-mambang yang tidak berkaitan. Jangan kerana tidak dapat menerima kebaikan yang diberi oleh orang lain, kita memaki hamun mereka serta menyalahkan mereka. Biasalah dah nama pun darah muda.
  6. Terimalah teguran dengan hati terbuka. Tak perlu nak hentam penegur dengan teruk sampai beliau sakit jiwa dan masuk Hospital Bahagia Tanjong Rambutan..Haha~
  7. Kalaupun hendak membenci benda itu, cukuplah dengan membenci dalam hati. Itulah selemah-lemah iman manusia.
  8. Hai mambang tanah, mambang api, mambang ayor, mambang angin. Mambang yang berasal dari Gunung Semambang. Berdampinglah dengan ku wahai mambang. Hanya itulah pintaku padamu..(Petikan skrip filem 'Pendekar Bujang Lapok')..Haha
Sekian, terima kasih. Wallahu A'lam.=)

Tiada ulasan:

.