Jumaat, 2 April 2010

BAHAYA ROKOK

Assalamualaikum...Salam 1Malaysia...

Lama sudah tidak berjumpa,
Sini lama tak jumpa jua,
Apa khabar orang di sana,
Moga-moga sihat hendakNya

Sini sibuk dgn hal dunia,
Hanya nak ligan satu nama,
Itu, ini, sinun, dan sana,
Assignment sem ini punyelah belana

Sedikit peringatan buat rakan-rakan semua...Antara kemudaratan jika...(Lihat gambar di atas)

ASAP ROKOK MENGANCAM KANAK-KANAK

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

ASAP ROKOK BASI MEMUDARATKAN KANAK-KANAK

  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagian kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
ROKOK MENGAKIBATKAN MATI PUCUK

Sape punyer??? Ha3
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
HUBUNGAN SEKS ANDA AKAN TERGANGGU
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
FIKIRKANLAH TENTANG PASANGAN ANDA

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumahtangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK

iR tak reti nak lukis strok..Jadi lbey kwang cmni lh agaknye ghupe strok tu..hu3

  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10?12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut
p/s: Arwah datuk iR meninggal dunia disebabkan serangan Strok. Pada zaman muda arwah merupakan perokok tegar DUNHILL. ROKOK MENGAKIBATKAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

Coronary Artery Disease (CAD)

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10?12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

p/s: Arwah Pak Long iR meninggal dunia pada tahun 1999 due to CAD (Coronary Artery Disease org kampung iR panggil). Bahasa Melayunya penyakit jantung koronari. Juga menghisap DUNHILL.

ROKOK MENGAKIBATKAN KANSER PARU-PARU

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

BAHAN TOKSIK DALAM ASAP ROKOK

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.

Bahan kimia dalam rokok

Sumber bahan kimia

Metanol

Bahan Api

Nitrobenzena

Gasolin

Karbon Monoksida

Asap kereta...uhuk2...

Butana

Cecair pemetik api

Raksa

Logam dalam jangka suhu (termometer)

Vinil Klorida

Bahan utama plastik

Toulena

Pelarut industri

Ammonia

Pencuci lantai

Arsenik

Racun tikus..eeeee!!!

Kadmium

Bahan utama bateri alkali..wah,ak jdk keta lh!

Stearik

Bahan utama dalam lilin

Sianida

Racun berbisa

KEBURUKAN TERAKHIR: AKAN MENYEBABKAN ANDA DIHALAU KELUAR DARI RUMAH!!!HAHA

Sekian, terima kasih. Moga-moga adalah sedikit input daripada nukilan kali ini...=)

p/s: Kredit kepada : Portal MyHEALTH

4 ulasan:

akheer_oren berkata...

bgus la yeekk
kui3

Hafizzuddin Rubaee berkata...

haha...moga beliau lebih faham...

:: SilaliTamploM:: berkata...

abah aku hisap rokok mcm makan nsi je..x dpt nsi xpe..jgn xde rokok..hehehe..2 kotak sehari kot..tp badan steady lagi..wlupun umur dh 67..

Hafizzuddin Rubaee berkata...

ho3...tulh...mcm en kamaruazli kata...org zman dlu len gan org zman skrg...deme keje kuat dlu..banting tulang 4 kerat smpey mlm...kalo deme isap pown xpa sbb ad bekap exercise... xmcm mnusia alaf br ni... isap2 gak...tp senamnye idok..ha3...tke it gurlz...

.