Rabu, 7 April 2010

DEMAM...

Assalamualaikum...Salam 1Malaysia...
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.
PENYEBAB
  • Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi, dan HIV.
  • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
  • Demam malaria
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah

RAWATAN

Di rumah

  • Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan.
  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup.
  • Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam.

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR?

Jika anda mempunyai gejala yang serius :

  • Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara.
  • Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan.
  • Sakit perut, mata atau tulang pipi.
  • Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
  • Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
  • Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
  • Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
  • Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
  • Demam berkaitan dengan kecederaan.

LANGKAH PENCEGAHAN

  • Sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.
  • Amalkan senaman minimum 30 minit setiap sesi, seminggu tiga kali.
  • Banyakkan minum air masak. Jangan minum ayor buah banyak2 sebab manis. Minum ayor masak.
  • Sentiasa bermotivasi, berfikiran positif dan selalu beranggapan bahawa ada hikmah yang baik dalam setiap musibah yang ditentukan olehNya.
  • Pastikan sentiasa berhubung dengan teman rapat yang dipercayai. Minta bantuan jika perlu.
  • Banyakkan berdoa. Antara doa yang mustajab. (Sebenarnya semua doa mustajab. Cuma ada potongan yang lebih afdal.) Amalkan membaca selawat syifa'.
  • Lakukan aktiviti yang berpotensi mengeluarkan peluh. (Haba panas juga akan keluar dari badan bersama-sama dengan peluh tersebut.). Main tenis adalah aktiviti yang sangat2 digalakkan. Ha3

Semoga dapat mengamalkannya walau barang satu ayat. Sekian, terima kasih. =)

2 ulasan:

Shahril berkata...

kenape mesti demam???
darah rendah ade x??
hahahah

iR berkata...

erm...igt demam td...tggu jp eh...nti ak post psal bp rendah..hu3

.