Selasa, 3 Februari 2009

B.A.T.U G.A.J.A.H

3 Februari 2009
Saya, Na'im, Syazwan dan Akhirudeen telah menjelajah ke salah satu kawasan yang dikenali ramai di negeri Perak iaitu Batu Gajah. Bertolak dari institut jam 7.30 pagi - tersasar 30 minit daripada rancangan awal iaitu jam 7.00 pagi. Perjalanan ke Batu Gajah bermula pada jam 8.00 pagi selepas bersarapan di warung berdekatan institut. Setengah jam kemudian, kami tiba di kawasan yang ditujui.
Umpan diadun, lubuk dijejaki, alatan dipersiap. Plung!!! Kami melontarkan umpan gandum diuli bersama-sama perisa pisang dan sejenis ramuan khas untuk menarik perhatian ikan. Opps, tidak sampai lima minit. Umpan Akhirudeen disambar mangsa! Beliau tidak dapat menduga tali tangsi yang ditarik sekadar untuk melihat ada mangsa atau tidak telah tersangkut pada mulut ikan tilapia hitam. Inilah hasilnya:

Kemudian, Syazwan pula menyusul dengan tilapia anggunnya!

Naim juga tidak ketinggalan.


Saya? Hehe...Terus bersabar menunggu dan menunggu...Dua jam kemudian...

Dan akhirnya, inilah hasil yang kami peroleh:



Kami bertolak pulang ke institut pada jam 2.oo petang. Sungguh berpuas hati tatkala ikan lampam, tilapia dan keli mengena sasaran. Wow!

Tiada ulasan:

.