Khamis, 5 Februari 2009

LAMBAIAN SEORANG PEMIMPIN

Aduh, apalah nasib aku ni. Baru naik Camry tah berapa hari dah
kene kua Bgn Darul Ridzuan pulak.

Begitulah senario politik yang terus bergema di 'Land of Grace' ini. Tidak lain dan tidak bukan disebabkan angkara pihak ... yang berkepentingan sendiri dan akhirnya memakan diri dema sendiri. Saya berasa amat simpati atas dugaan yang menimpa Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin. Bagi saya, beliau telah menjalankan tugas dan amanah dengan baik sekali demi memastikan kemajuan negeri Perak setanding dengan negeri-negeri maju yang lain. Akan tetapi, malangnya beliau telah dijadikan platform oleh pihak tertentu yang ternyata cuba mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Saya amat menghormati dan mengkagumi kesungguhan Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar bekerja. Namun begitu, yang berlalu tetap berlalu dan yang menanti akan terus menduga. Marilah kita bersama-sama berdoa semoga sesuatu yang lebih baik daripada Allah s.w.t dianugerahkan ke atas bumi bertuah yang amat saya cintai ini.
Yob kejar Yob!=)

2 ulasan:

revrie berkata...

Datuk Nizar hensem. Tapi Zambry(mb baru) lagi menawan. Mereka berlumba untuk ke pejabat. Siapa yang menang? haha

MOHD HAFIZZUDDIN berkata...

Haha..dua-dua xgune...sebab menindas rakyat Perak...Bebas!!!haha

.