Selasa, 3 Februari 2009

Realiti dan Kenyataan

Pada 31 Januari yang lalu, saya bersama Ali Husni dan Fazreen telah berkonvoi ke Stadium Perak, Ipoh. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang setengah jam. Kami amat bernasib baik kerana cuaca amat baik dan keadaan trafik berjalan lancar. Setelah membeli tiket, kami terus masuk ke dalam stadium. Tertera pada skrin gergasi pasukan Perak yang dibarisi ramai pemain muda menentang SDM Kepala Batas dalam kempen Piala FA tahun ini. Sorakan penyokong setia skuad seladang bergema memenuhi segenap ruang Stadium Perak yang berkapasiti lebih 40,000 tempat duduk ini. Kami menonton perlawanan tersebut seawal wisel permulaan permainan ditiup sehingga wisel penamat ditiup semula. Pertembungan tersebut berkesudahan Perak membenam SDM Kepala Batas 4-1. Kami berasa amat seronok dan gembira kerana dapat menonotn perlawanan tersebut secara langsung di hadapan mata sendiri ditambah dengan kemenangan Perak pula. Amat berbaloi tiket yang kami beli sebanyak RM10 sekepala ini. Kami pulang ke institut tepat jam 11 malam dan disambut oleh Encik Amir serta Encik Suhaimi.=)









Tiada ulasan:

.