Ahad, 28 Disember 2008

Antara Lumrah, Adat dan Fitrah

Gambar hiasan

Undangan perkahwinan? Bunga manggar? Merisik? Hantaran? Menantu? Besan? Ya, semua yang dinyatakan tadi adalah sebahagian daripada unsur yang membentuk satu kemuncak kehidupan dan fitrah kita sebagai manusia. Apabila diperhatikan dan diteliti, maka terdapat berbagai-bagai jenis dan stail majlis perkahwinan di Malaysia.

Wajib

Tatkala dua mempelai disatukan menanti hari bahagia, ibu bapa terharu dan sebak bercampur gembira apabila jurunikah melafazkan 'Aku nikahkan akan dikau si fulan bin si fulan dengan si fulan binti si fulan dengan mas kahwin RMxxxx.xx tunai...' kemudian diiikuti pihak lelaki 'Aku terima nikah si fulan binti si fulan dengan mas kahwin RMxxxx.xx tunai...' dan seterusnya pihak perempuan. Setelah disahkan oleh saksi yang hadir pada majlis pernikahan tersebut, maka kedua mempelai telah sah menjadi suami isteri. Eh, dah selesai ke belum ya? Tentulah belum selesai. Semua kariah, sanak saudara serta sahabat handai dijemput hadir pada majlis kenduri perkahwinan pula pada hari seterusnya.

Kebetulan

Mungkin telah menjadi rezeki pada hari Sabtu 27 Disember 2008 lalu, saya berpeluang bertandang ke Majlis Kenduri Kahwin anak saudara kepada nenek saya di Parit Punggur, Kampung Sri Tanjung, Bakri, Muar Johor. Bertolak dari Segamat pada jam 9.00 pagi dan melalui jalan Pagoh untuk sampai ke sana. Selepas satu jam setengah di dalam kereta, kami pun sampai ke destinasi.



Kilauan bunga manggar menyambut kehadiran kami

Kanopi tersusun rapi.

Fuh, siap pintu gerbang!!!

Kehadiran kami disambut mesra dan penuh kesyukuran oleh tuan rumah merangkap bos kepada majlis perkahwinan ini, iaitu Haji Nor bin Sedek. Bak kata peribahasa "Pucuk dicita ulam mendatang". Sewaktu kami tiba, semua juadah santapan telah pun siap dimasak dan dihidang. Perut sudah berkeroncong dan menyanyi minta diisi. Setalah berjumpa saudara-mara terdekat dan bersalam-salaman, kami ke balai tempat menjamu selera. Terpampang jelas di hapadan mata kami balai makan beradab bertemakan warna kuning.

Balai tempat makan beradab

Balai tempat memasak di bahagian belakang rumah

Masih mengekalkan cara tradisional ketika memasak

Cenderahati untuk dibawa pulang

Berkat atau bontrot dalam Bahasa Jawa

Pada jam 12.oo tengah hari kami bertolak pulang ke Segamat melalui Jalan Segamat-Muar. Kami tiba di Segamat pada jam 1.50 petang.

Refleksi

1. Banyak transformasi telah berlaku dalam penganjuran majlis kenduri perkahwinan pada masa sekarang.
2. Ada tradisi yang masih dikekalkan seperti adat-adat sama ada sebelum, semasa, atau selepas perkahwinan.
3. Adat 'salam keruk' seperti telah menjadi kelaziman dalam majlis seumpama ini. Perkara ini bukan sahaja berlaku dalam negeri Johor. Negeri-negeri yang lain seperti Perak, Terengganu turut mengaplikasikannya.=)

Tiada ulasan:

.