Sabtu, 27 Disember 2008

4 Tahun Sudah Berlalu...Hikmah Yang Diperoleh?

Perbandingan Banda Acheh sebelum dan selepas dilanda tsunami

Tanggal 26 Disember 2004 memberi pengertian yang amat pahit kepada sesetengah penghuni planet Bumi. Hehe...Pergerakan plat tektonik di dasar Bumi telah mencetuskan gelombang yang menolak aliran air laut daripada ombak biasa kepada deruman tsunami yang amat dahsyat dan menakutkan. Malahan lagi, ketinggian 33 meter (108 kaki) yang dicatatkan menjadikan tragedi pada penghujung tahun 2004 itu sebagai tsunami terbesar yang pernah direkodkan dalam sejarah kehidupan manusia.

Lantas tanpa mengenal erti kasihan, ombak pembunuh tersebut merempuh daratan dan menyapu bersih apa sahaja yang berada di hadapan. Manusia, haiwan, kenderaan, dan apa sahaja yang merintangi laluan tidal wave tersebut pasti akan musnah. Kawasan yang paling teruk terjejas tentulah negara jiran kita, Indonesia. Lebih 200,000 nyawa terkorban di Banda Acheh sahaja diikuti korban di negara-negara yang lain seperti Thailand, Sri Lanka, Kepulauan Maldives dan tanah air kita MALAYSIA!. Kuala Kedah, Bagan Datoh, Pantai Batu Feringgi antara yang turut menerima sedikit tempias bencana alam ini. Banyak nyawa terkorban di samping kerosakan harta benda dan kerugian.

Sebenarnya, semua kejadian ini telah membuka mata, hati dan fikiran kita selaku khalifah Allah di muka Bumi ini. Ketika kita terlalu leka dan lalai mengejar harta dan nikmat keduniaan yang bersifat sementara ini, maka al-Khaliq telah memberi amaran kepada kita menerusi bencana alam. Di manakah sebenarnya kedudukan kita selaku seorang manusia biasa sahaja. Kemewahan dan hikmat dunia ini telah menyebabkan kita alpa tentang tanggungjawab memelihara hubungan kita dengan Allah, sesama manusia, dan ALAM. Pemodenan digapai dengan penuh gemilang dan rasa bangga. Namun begitu, akibat kerakusan inilah alam sekitar menjerit, merintih dan merengek minta dipelihara dan dipulihara. Akan tetapi, ratapan mereka langsun tidak diendah manusia. Kawasan hutan diceroboh, bukit digondolkan, hutan bakau ditebang tanpa belas kasihan. Hakikatnya, alam jugalah merupakan benteng semulajadi terbaik untuk menangkis kejadian alam seumpamanya. (Belum lagi isu landslide Bukit Antarabangsa)

Justeru, saya menyeru wahai manusia yang budiman, sedarlah diri, kembalilah ke pangkal jalan dan banyakkanlah bermuhasabah atas apa yang telah kita lakukan selama ini. Adakah perkara yang dilakukan tersebut dikira ibadah dan diterima serta diredai Allah s.w.t? Tepuk dada tanyalah iman. Jika kita mampu berfikir secara waras dan logik namun pada masa yang sama tidak menurut semata-mata hawa nafsu, maka kita akan terselamat daripada bala bencana yang tidak diingini ini. Anda mampu mengubahnya.=)

Tiada ulasan:

.