Memaparkan catatan dengan label SUKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUKAN. Papar semua catatan

Ahad, 24 Jun 2012

Isnin, 18 Jun 2012

TAPAU a.k.a BUNGKUS

Add caption
Ehem..tajuk hari ini agak skeptikal. Mungkin sekali sensitif. Apapun, mintak maaf awal-awal dulu. Soalannya, siapakah yang suka menapau? Adakah fast food KFC "Hai selamat datang..makan sini atau tapau??? " Jauh skali Kedai Makcik bawah pokok. ATAU... mungkinkah ini:

Ya ampun van Marwijk!!!
Shhhhh...kita tak menang pape 6 tahun dah taw!!!
Eh, yeke Arshavin meerkat???
Lantak komelah...aku org US skrg..ade aku kesah???
Abe Almunia, meh ganti tempat adik nih...
Aku tak taw nak letak caption apae..
Bola itu bulat. Dan bulat itu bola. Asal bulat je bola. Asal bola je bulat. K, ciao ciao!

Selasa, 12 Jun 2012

RESEPI KEJAYAAN

Rahsia kejayaan pasukan pilihan EURO 2012, England, Perancis, Sepanyol, Itali, Poland dan Greece. Rahsia ini didedahkan oleh salah seorang ahli pasukan yang namanya tidak mahu didedahkan. Rupa-rupanya mereka mengamalkan diet ini setiap kali sarapan pagi:

Seri Muka
Ate, apae SERI je team-team besar ni???

*'apae' ialah sebutan dialek Perak yang merujuk kepada perkataan 'apa'

Rabu, 29 Disember 2010

EKSTRA

Assalamualaikum...Salam 1Malaysia...





Kemarau 14 tahun berakhir di Stadium Gelora Bung Karno

Latihan tetap dijalankan hatta di depan laman hotel penginapan sekali pun.

Sir Alex Ferguson perlu mempertimbangkan dana £50 juta yang disediakan..Ekeke~

Garuda lemah di laman sendiri

Tak taw malu..Duduk merempat kat tempat org..Alih2 buat cmni..
Sumber: Utusan Malaysia.

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA ATAS KEJAYAAN ANDA MEMENANGI KEJOHANAN BOLA SEPAK
PIALA AFF SUZUKI EDISI 2010!!!


Jumaat, 3 Disember 2010

KUASA ASIA

Assalamualaikum...Salam 1Malaysia...

"Добро пожаловать в Россию."
"Ahlan wasahlan ila daulat Qatar" 

Baru je seepanas pisang goreng panas...orang kuat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA, Mr. Joseph S. Blatter mengumumkan keputusan undian hos Piala Dunia 2018 dan 2022

And now, the 2018 and 2022 FIFA World Cup hosts goes to.....
RUSSIA!!! (2018)
QATAR!!! (2022)
p/s: Tahniah teman ucapkan kepada Rusia dan Qatar atas pemerolehan hak menganjurkan Piala Dunia 2018 dan 2022. Cuma, teman lebih tertarik dengan Qatar kerana merupakan negara Arab dan Islam pertama mendapat hak menganjurkan sukan teragung di atas muka bumi ini.

Psst..."Malaysia bila lagi??? Piala Suzuki pun lingkup..Hehe" =)

 

Selasa, 16 November 2010

GOL FAIZ, FARIS JULANG GERSIK FC



IPOH 16 Nov. - Gersik FC telah dinobatkan sebagai johan bagi Liga Bola Sepak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh tahun 2010 pada pagi tadi. Perlawanan yang menyaksikan pertembungan antara golongan senior dengan junior ini berlangsung selama lapan puluh minit dengan berkesudahan Gersik FC menewaskan Gecko FC 2-1. Gol pembukaan Gersik FC dijaringkan oleh Muhammad Faiz Zainol seawal minit ketiga permainan menerusi sepakan percuma menarik dan melewati penjaga gol Mohd Umair Bassar. Sepuluh minit kemudian, Mohd Faris Che Mohamad Rahimi menjarakkan jurang gol dengan sepakan lambung menewaskan Umair.

Penjaring terbanyak kejohanan, Izwan Azri Rasli merapatkan kedudukan menerusi percubaan menewaskan penjaga gol Gersik FC, Ali Husni Mohd Azahari. Gecko FC berpeluang menyamakan kedudukan apabila dikurniakan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan Mohd Zulkhairi Mahmud. Sepakan yang berpunca daripada tampanan tidak sengaja pemain pertahanan Gersik FC, Mohd Saiful Azrin Mohd Khair gagal disudahkan Izwan apabila tersasar. Permainan lebih bercorak berat sebelah pada separuh masa kedua di mana Gecko lebih banyak menyerang berbanding Gersik yang lebih bermain secara defensif. Namun begitu, masa tidak memberi peluang kepada Gecko apabila pengadil perlawanan meniup wisel tanda tamat perlawanan penutup musim sukan IPG Kampus Ipoh tahun 2010 ini.

Hadiah disampaikan oleh Yang Berbahagia Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh, Tuan Haji Mohamed Isa bin Khalid yang turut tamat perkhidmatan secara wajib mulai 18 November nanti. Pemenang menerima pingat emas disamping piala pusingan. Berikut adalah anugerah-anugerah lain yang disampaikan:

JOHAN: GERSIK FC
NAIB JOHAN: GECKO FC
KETIGA: HANTU D MARIA
PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN: MUHAMMAD FAIZ ZAINOL (PISMP G1)
PENJARING TERBANYAK: IZWAN AZRI RASLI (PISMP F4) - 12 Gol

P/S: Tahniah diucapkan kepada pemain Gersik FC atas kemenangan anda. Semua ini berkat dan hasil kerjasama gigih dalam satu pasukan dan tidak mengenal penat. Teman tumpang bangga dengan kome semua. =)

Isnin, 15 November 2010

EKSTRA

SELAMAT BERJUANG DIUCAPKAN BUAT PASUKAN KESAYANGANKU,
GERSIK FC PADA PERLAWANAN AKHIR ESOK. MOGA APA YANG TELAH DIKORBANKAN SELAMA INI BERBALOI DAN KITA MERASAI NIKMATNYA. GERSIK...AUM!!!

ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KALI KE-3

Assalamualaikum...Salam 1Malaysia...
Tengok klip video di bawah neh. Pastu buat tafsiran snirik. Tadaa:

Haa..ni cume simile je...bukan teman maksudkan Hari Kemerdekaan kali ke-53 Ogos lalu. Tapi amik lanungan 'Merdeka' tu sempena BEBASNYA TEMAN DARIPADA SEBARANG PEPERIKSAAN SEMESTER NI!!!..Hehe...Kepada rakan-rakan yang terlibat, selamat bercuti dan hati-hati semasa pulang ke kampung...Ingatlah org yang tersayang..Sebenarnya teman ada misi lagi nih...Esok ada game final Liga Bola Sepak IPG Kampus Ipoh 2010. Pasukan kesayanganku, Gersik FC dapat rezeki ke final menentang Gecko FC. Selasa 16 November 2010. Tempat ITTC Arena, UK. 0830. Jumpa di sana... =)

Sabtu, 1 Mei 2010

KERAPU Merapu ke?

Assalamualaikum...Salam 1Malaysia...

Dipendekkan cerita, pasukan kesayanganku, Kerapu VC menyertai pertandingan Bola Tampar Liga Sukan Pendidikan Jasmani anjuran unit PISMP F4 Semester 5. Kejohanan bermula pada 25 April 2010. Kerapu VC menjuarai peringkat kumpulan dan melangkah ke peringkat separuh akhir. Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami apabila menang dan menuju pentas akhir menentang juara bertahan, YM Volleyball Club. Kami menang!!! Tahniah Fifi, Akheer, Hakim, Syed, Apis J18, Muhaimin, dan Akmal J4. Anda semua memang best!!!

KERAPU VC

Bilang bulu ketiak

Smart tak?Ha3

Syed tersungkur

Oppsss Fifi!!!

Nah, amek neh!!!

Heeeyaaaak!!!

Spike!!!

Tricky Hakim...

Ohh sayang...

Macho..Ha3

Sabtu, 5 Disember 2009

YANKEES DRAW!!!



Undian yang menarik dan memihak kepada pasukan 'The Three Lions'. England diundi bertemu Algeria, Amerika Syarikat, dan Slovenia. Sekarang, cuma tinggal aksi bersemangat 'Englishman' sahaja untuk merebut trofi kejohanan bola sepak paling agung di dunia.

Keputusan undian klik di sini.
.