Selasa, 16 November 2010

GOL FAIZ, FARIS JULANG GERSIK FC



IPOH 16 Nov. - Gersik FC telah dinobatkan sebagai johan bagi Liga Bola Sepak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh tahun 2010 pada pagi tadi. Perlawanan yang menyaksikan pertembungan antara golongan senior dengan junior ini berlangsung selama lapan puluh minit dengan berkesudahan Gersik FC menewaskan Gecko FC 2-1. Gol pembukaan Gersik FC dijaringkan oleh Muhammad Faiz Zainol seawal minit ketiga permainan menerusi sepakan percuma menarik dan melewati penjaga gol Mohd Umair Bassar. Sepuluh minit kemudian, Mohd Faris Che Mohamad Rahimi menjarakkan jurang gol dengan sepakan lambung menewaskan Umair.

Penjaring terbanyak kejohanan, Izwan Azri Rasli merapatkan kedudukan menerusi percubaan menewaskan penjaga gol Gersik FC, Ali Husni Mohd Azahari. Gecko FC berpeluang menyamakan kedudukan apabila dikurniakan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan Mohd Zulkhairi Mahmud. Sepakan yang berpunca daripada tampanan tidak sengaja pemain pertahanan Gersik FC, Mohd Saiful Azrin Mohd Khair gagal disudahkan Izwan apabila tersasar. Permainan lebih bercorak berat sebelah pada separuh masa kedua di mana Gecko lebih banyak menyerang berbanding Gersik yang lebih bermain secara defensif. Namun begitu, masa tidak memberi peluang kepada Gecko apabila pengadil perlawanan meniup wisel tanda tamat perlawanan penutup musim sukan IPG Kampus Ipoh tahun 2010 ini.

Hadiah disampaikan oleh Yang Berbahagia Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh, Tuan Haji Mohamed Isa bin Khalid yang turut tamat perkhidmatan secara wajib mulai 18 November nanti. Pemenang menerima pingat emas disamping piala pusingan. Berikut adalah anugerah-anugerah lain yang disampaikan:

JOHAN: GERSIK FC
NAIB JOHAN: GECKO FC
KETIGA: HANTU D MARIA
PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN: MUHAMMAD FAIZ ZAINOL (PISMP G1)
PENJARING TERBANYAK: IZWAN AZRI RASLI (PISMP F4) - 12 Gol

P/S: Tahniah diucapkan kepada pemain Gersik FC atas kemenangan anda. Semua ini berkat dan hasil kerjasama gigih dalam satu pasukan dan tidak mengenal penat. Teman tumpang bangga dengan kome semua. =)

2 ulasan:

☆゚ Cik Olive ☆ berkata...

tahniahhhhh !! ^______^

iR berkata...

tenkiu ucu!!! ^^

.