Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

Isnin, 25 Jun 2012

SIRIH PULANG KE?


Selamat Datang!!!
Welcome!!!
Benvenuto!!!
Bienvenue!!!
Herzlich Willkommen!!!
¡Bienvenido!
hoş geldiniz!
Zapraszamy!
dan sebagainyer...

Isnin, 27 Jun 2011

SEM BARU LAGI

Assalamualaikum...

Erm. Entri kedua tahun nih ha3...Punat woo baru balik koje..Closing Ahad memang gile babeng der..bz mengalahkan mak nenek..hak2..buktinya:
Melaram kejap ha3
In pukoi 3.30 ptg tadi..out 12.30 tgh mlm..kaw2..seb bek lah member2 sekerja seporting sampah..ha3..Shafiq, Pali, Ika, Siti, Azim, Jibah, Ali, Husna dan Miss Rozian kome memang bezlah!!! :D
Sat lg kol 8 udoh stat kuliah lg..adei...untuk sem nih pakej kursusnye ialah:

  • BMM 3111 Semantik dan Peristilahan
  • BMM 3112 Sejarah Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan
  • RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian
  • WAJ 3113 Kokurikulum - Persatuan
Empat je..Memang ckit..tp nk ngulangnye tetiap ari derr..memang pailang..ha3..Anyway, pensyarah dan jurulatihnya are ultimate sporting mei..Dr. Hasnah (opsss)..Haji Mokhtar, Datin Siti Khamariah (kah3) dan Tuan Mohd Radzi (Akela MPKLM)..Semoga sem nih lebih relaks dan penuh pengisian..Jodoh pun harap2 lah ada..(ehem2)..ha3..4 Julai praktikum bermula..sampey raye nanti..berasap r ngajor mase pose..terjelir lidah aku..ha3...semoga lebih baik daripada praktikum 1 dulu..Daa..

Jumaat, 5 November 2010

EKSTRA




Selamat bersara diucapkan kepada Yang Berbahagia Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang telah tamat tempoh perkhidmatan wajib hari ini. Semoga khidmat bakti beliau selama 34 tahun dalam bidang pendidikan negara dibalas olehNya dengan sebaik-baiknya. Moga Y.Bhg sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Coming Soon...

 Hehe... =)

Jumaat, 21 Ogos 2009

SEDETIK BERSAMA, BERABAD LAMANYA...

Tamat sudah Pengalaman Berasaskan Sekolah 2 (PBS2) saya semester ini. Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SK Brinchang Encik Sreedharan, GPK 1 Puan Norbi, GPK HEM Puan Rash Pal Kaur, GPK Kokurikulum Encik Rushidi, Cikgu Azis, Cikgu Azniazwal, Cikgu Azimi, Ustaz Khairul, Ustaz Rosnizam, Kak Yus, Kak Ji, Kak Su, Kak Nora, Kak La, Teacher Parames, Kak Zu, Bro Adie, dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tak langsung sepanjang menjayakan program ini. Sayang kamu semua.=)
SK Brinchang

50 tahun merdeka

Kolam

Landskap menghijau

Blok B

Skybridge...haha~

Kuarters institusi pendidikan Cameron Highlands

Panas tetapi sejuk

Blok A

Sabtu, 15 Ogos 2009

AKHIRNYA KEMBALI SEMULA...


Tarikh 17 Ogos semakin hampir. Masa semakin berlalu tanpa menunjukkan belas kasihan. Itulah amalan profesional yang perlu saya jalani iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semester dua. Jika sebelum ini saya telah menjalani PBS di sekolah luar bandar, kali ini saya bertukar angin pula. InsyaAllah jika diizinkan Allah saya akan menjalani PBS semester dua di Sekolah Kebangsaan Brinchang, Cameron Highlands, Pahang. Nun jauh pada ketinggian kira-kira 5000 kaki (1500 meter) di atas paras laut, semestinya menjanjikan pelbagai cabaran kepada saya.Hehe...Bersama-sama sahabat sekelas, Akhirudeen, saya akan tinggal di Tanah Rata yang jauhnya kira-kira lima minit dari pekan Brinchang. Semoga program yang akan saya jalani ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Doakan saya selamat pergi dan selamat pulang.=)

p/s: Maklumat tentang SK Brinchang sila klik di sini.
.