Sabtu, 15 Ogos 2009

AKHIRNYA KEMBALI SEMULA...


Tarikh 17 Ogos semakin hampir. Masa semakin berlalu tanpa menunjukkan belas kasihan. Itulah amalan profesional yang perlu saya jalani iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semester dua. Jika sebelum ini saya telah menjalani PBS di sekolah luar bandar, kali ini saya bertukar angin pula. InsyaAllah jika diizinkan Allah saya akan menjalani PBS semester dua di Sekolah Kebangsaan Brinchang, Cameron Highlands, Pahang. Nun jauh pada ketinggian kira-kira 5000 kaki (1500 meter) di atas paras laut, semestinya menjanjikan pelbagai cabaran kepada saya.Hehe...Bersama-sama sahabat sekelas, Akhirudeen, saya akan tinggal di Tanah Rata yang jauhnya kira-kira lima minit dari pekan Brinchang. Semoga program yang akan saya jalani ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Doakan saya selamat pergi dan selamat pulang.=)

p/s: Maklumat tentang SK Brinchang sila klik di sini.

Tiada ulasan:

.