Jumaat, 1 Januari 2010

OH INDAHNYA JIKA...

Assalamualaikum...Salam 1Malaysia.

Indahnya hidup ini...jika ku kenali siapakah sebenarnya diriku ini...
Indahnya hidup ini...jika ku ketahui apakah sebenarnya diriku ini...
Indahnya hidup ini...jika ku maklumi bagaimanakah untuk menyayangi diriku ini...
Indahnya hidup ini...jika ku dapat merasai kasih sayang daripada orang lain...
Indahnya hidup ini...jika ku dilimpahi rahmat ibu bapaku tersayang...
Indahnya hidup ini...jika ku senantiasa dikasihi mereka selama-lamanya...

Tiada gunanya hidupku ini...jika ku zalimi diriku sendiri...
Tiada gunanya hidupku ini...jika ku sering dilingkari laknat ibu bapaku..
Tiada gunanya hidupku ini...jika ku dibenci dan dijadikan bahan umpatan orang...
Tiada gunanya hidupku ini...jika ku dicaci setiap masa...
Tiada gunanya hidupku ini...jika ku tiada mengenali susuk ini...
Tiada gunanya hidupku ini...jika ku bercakap tetapi tiada pula buatnya...

Oppssss...minta maaf kawan-kawan..merapu pula ayat di atas..hehe..cuma, janganlah menjadi seperti diri saya ini..penuh dgn ketirisan dosa dan kesalahan..semoga anda terpelihara daripada segala partikel kedosaan di dunia dan di akhirat..haha..sebenarnya saya nak cerita kepada anda sume sedikit memori semasa berada di Pulau Pinang. Program perjumpaan bekas pelatih Malayan Teacher’s Training College bagi batch tahun 1983-1985.

Mak dan abah saya merupakan bekas pelatih kolej tersebut yang telah menjalani proses penjenamaan. Kini, kolej tersebut dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Persekutuan, Pulau Pinang. Nama samarannya ialah I4P. Bak kata pepatah "Bapa borek, anak rintik". Haha. Legasi Mohd Rubaee dan Zaimah telah menurun kepada putera dan puteri mereka iaitu Mohd Hafizzuddin (IPG Kampus Ipoh, Perak) dan Siti Nurhafidza (IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan). Aduh, melalut sudah. Kami menginap di RECSAM International House, dalam kawasan I4P di daerah Gelugor. Program bermula berdurasi dua hari dari 25 hingga 26 Disember 2009. Mak dan abah dapat berjumpa rakan-rakan seperjuangan semasa menjalani latihan perguruan di sini 25 tahun lalu. Beberapa aktiviti muhibbah telah dijalankan untuk mengeratkan hubungan silaturrahmi antara mereka. Berikut dilampirkan gambar untuk tatapan anda.

Berehat sebentar di Balik Pulau selepas penat membeli jeruk.

Susah untuk mengalami situasi sebegini

IPG Kampus Persekutuan, Pulau Pinang

Orang kuat program, Haji Mior

KIRI: Abah, Nina, Saya

KIRI: Mak, Siti, Kak Lia

Sesi memperkenalkan setiap ahli keluarga

Tengok mana pulak dah tu...

Dr. Morsim, kawan abah yang paling berjaya.
Pensyarah akademik UKM berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

Sukaneka untuk kaum ibu

Sukan untuk kaum bapa

Abah tak ambil bahagian pun. Jadi penonton sahaja.

3 serangkai

Platform bersejarah

Tamat sudah program tersebut. Ada cakap-cakap yang kata nak buat lagi program ni tahun hadapan. Kalau tidak pun, dwitahunan ke. Tiga tahun sekali ke, ikutlah yang mana sesuai. Dan dengar-dengar cerita juga panji penganjur akan berpindah tangan ke negeri-negeri Semenanjung Malaysia pula. Siapakah orangnya??? Hanya tunggu dan lihat.=)

Tiada ulasan:

.