Jumaat, 2 Januari 2009

MALAM INI...

Pejam celik pejam celik tirai 2008 telahpun dilabuhkan. Begitu juga dengan cuti hujung semester saya yang akan berakhir hampir seminggu lagi. Apapun, kewajipan menuntut ilmu tetap diteruskan dan diperjuang. Malam ini saya akan bertolak pulang kembali ke 'Land of Grace', Perak. Tiket bernombor tempat duduk 12 telah dibeli seawal hujung November lalu. Takut habis seperti pisang goreng panas la katakan. Hehe...Bas akan bertolak pada jam 9.15 malam. Seperti biasa, penyedia perhubungan paling cemerlang tahun 2008, Cepat Ekspres Sdn. Bhd. menjadi pilihan saya.

Semoga perjalanan saya selamat dari Terminal Pengangkutan Awam Segamat ke Terminal Pengangkutan Awam Medan Gopeng selamat dan berada dalam lingkungan rahmat Allah. Selamat tinggal tanah tumpah minyak motorku...=)

Tiada ulasan:

.