Laksa Johor. Lagi sedap drpd Laksa Penang. Ha3... |
Nasi Ambang@Ambeng |
Kalo xkenal tempe toksah jadik orang Jawa...Ha3 |
Assalamualaikum...Salam 1Malaysia...
Johor. Bila sebut Johor, ape yang boleh dikait dgn Johor??? "Jawa kot". Jawa je ke? Aku tengok orang asli pown ade kat Johor. Ha3...Kentut lah korang..Cadangan jawapan daripada responden lain.. "Erm, banjir tahun 2006 kot?". Pale hotak dia...Macam r tempat lain xbanjir..Huh! Ha3...Nak emo2 lak aku neh...Hishhh...exam2...ha3...sempat lg berblog...kui3...Haa, arini teman (opsss) nak bercerita tentang bende yang teman rasa tak ada di tempat lain unless bila kome pacakkan kaki kat "Abode of Dignity" nih..K, mari kita mulakan...
2. Mereka merujuk Johor Bahru (state capital) dgn nama 'Johor'. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, itu bermaksud Johor Bahru lah(JB), bandaraya JB dan bukan negeri Johor. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Segamat umpamanya. Contoh : "Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?" So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, ” Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.
3. They pronounce Muar as 'MUOR'. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”. Contoh : "Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok." (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku Cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.
4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night – see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha…. that is exactly my point!)
5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa…kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.
Gaya makan sagun |
Pure Jowo!!! Ha3 |
8. Kenduri Kawin Ada 'Telur Pindang'.. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna coklat. Both kulit dan isi. I love to eat telur pindang. Rasanye macam telur diletak perencah tumis, tomyam, padprik, hailam, dan bandung. Ok. Kecuali tumis, yang lain tu mengarot. Ha3...Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.
9. Tidur atas 'LECA'** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam 'GEROBOK' **.
10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore n indonesia!!! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi’s ( Let your love flow), iklan lagu Coke ( I’d like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore n indonesia!…tv3 bru nk kluakn cter malin kundang kite dah bis tgk Apa lagi EKK?
Kamus Johor :
Saing - pergi bersama2..”nnt kite saing ehh pi sekolah”Bongok – bodoh Bigor – gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?
Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - berpasangan. Pergi berendut- dating.
Botok-botok, bebotok – sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don’t ask me – aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.
Sajak -sesuai @ tidak -bkn puisi tau!!…cm nih ayat die..’sajak x beg nih pki ngn bju ni??”
Roti perata – roti canai
Semangka -tembikai
Epok2 -karipap
Sekadar berkongsi mungkin ramai yang tahu tapi xperasan. Nak kawen dgn org Johor??? Ha3...Sile2...jgn malu2 bhaa..Jom stadi...daa... =)
2 ulasan:
aduh.. meliur mulut aku tengok makanan2 nie.. huhu
ak lg meliur kt harum manis banjir nih...hehe =)
Catat Ulasan