Khamis, 22 Julai 2010

JERNIH KEMBALI...

Assalamualaikum...Salam 1Malaysia...

Anak puyuh berenang gembira,
Mencari makanan bersama keluarga,
Mari sini kawan-kawan semua,
Ada benda iR nak cerita.

Nicklas Bendtner Cesc Fabregas,
Dimitar Berbatov mahupun Xavi,
Peristiwa ini sudah sampai ke tuntas,
Riangnya saya tidak terperi.

Minyak wangi minyak masak,
Tidak dilupa lada cili,
Bad, Na'im dan juga Cik Kak,
S. Abdul Rahman menjadi saksi.

Mendayung sampan mudik ke hilir,
Tidak sampai dipukul badai,
Segala luahan taat didengar,
Harap-harap akan selesai.

Kera cikah siamang dan lotong,
Satu keluarga rupa tak sama,
Sopan dan lembut mula-mula dipegang,
Tapi akhirnya tak tahan lama

Pisang awak pisang kapas,
Enak lagi pisang berangan,
Ditanya tak jawab rasa nak hempas,
Alih-alih ada jawapan

Taman Gerbang Tanjung Permai,
Di Hulu Kinta tempat menetap,
Benih damai mula disemai,
Harap kembali seperti diharap

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana keadaan telah kembali pulih. Semoga kekal selama-lamanya. =)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah..segala kekusutan dpt diselesaikan..:)

Hafizzuddin Rubaee berkata...

tanpa nama>>>Alhamdulillah..moga kekal..

.