Rabu, 10 Mac 2010

PBS-Hari 2

Assalamualaikum...Salam 1Malaysia

9 Mac 2010...Selang sehari hari jadi kawan sekelas...Mohammad Syahid Ashaari...ha3..epy bezday to you...epy bezday to you...epy bezday to mohammad syahid...epy bezday to you...ko memang selamat drpd ak kali ni syahid...haha..may be ko xselamat ngan Bob, Pendi, Faiz...kui3...balik maktab ni ciap r ko Cik Jo..ha3..bahaya menanti...okeh3...intro usai suda...masuk entri PBS hari kedua...erm...nk tluis ape ek...hu3..okeh...da dapat...

Sesampeynye kami di sekolah, dan mem'punch' kad di ofis, kami terus ke bilik PPSMI utk melabuhkan punggung..penat seyh drive rupenye...iR punye pinggang da naik kematu duk pegang stereng dari FELDA Ulu Belitong berulang ke SKARY..."Erm, dalam 18km gak ar," kata Yazid..haha, pagi ni iR ada misi untuk diselesaikan...membuat pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) PJ. Dis is our task question. iR amek borang soal selidik dlm beg, pen sebatang, then teros ke padang SKARY..Chaloo00oo...

Sampai2 je tepi padang, ada budak kerumun
iR...antara ayat yang sudah biasa kudengar:

"Cikgu, bila cikgu nak masuk kelas lagi?"
"Cikgu, jomlah kita main kuiz..."

"Cikgu, cikgu ni baik lah...kami suka dengan cikgu."

"Cikgu, buffday cikgu bile ya? Saya nak bagi hadiah kat cikgu!!!"

"Cikgu, cikgu ni hensem lah...Saya nak jadik adik angkat cikgu boleh tak?"

(Yang ni tipu...Aku reka..ha3..)

Adoyaai....bosannye iR dengor ayat ni hari2...dh naik tuli n pekak tinga iR ni tadah mende tu je..kah3..iR pown membalas pertanyaan mereka dengan ayat ini:

"Hah, awak tunggu kejap ya. Nanti saya masuk kelas awak"

"Awak nak main Pop Kuiz ke? Nanti cikgu panggil Aznil Nawawi"

"Owh, yeke? Berapa cikgu nak bayar kat awak ni?"

"Cikgu takde buffday sebab cikgu datang dari Indonesia. IC cikgu pown tercicir masa naik bot penambang. Jerung dah makan kot."

"Hai, awak baru tau ke saya ni hensem. Awak sangat malang kerana awak murid ke-999 yang kata saya hensem. No wonder.."
(Yang ni tipu..Aku yang reka..ha3..)

Dari jauh sayup-sayup kelihatan sekumpulan murid sedang menjalani P&P PJ. iR mengorak langkah ke sudut sana dengan penuh semangat waja..

"Err, assalamualaikum Cikgu Azizah," sapa Akheer.

"Ya, waalaikumussalam,"
jawab Cikgu Azizah mesra.

"Kami nak minta kebenaran untuk 'observe' kelas cikgu. Boleh tak cikgu?" tanya Akheer.

"Awak nak observe saya ke? Janganlah observe saya," balas Cikgu Azizah kegementaran.

Lantas iR datang membetulkan keadaan:

"Erm, macam ni cikgu. Kami bukan nak observe kelas cikgu tapi just nak buat pemerhatian dan kumpul maklumat untuk tugasan subjek elektif kami," jelas iR tenang.

"Ooo, awak nak buat pemerhatian aje ya. Okeh2. Takde masalah. Berderau saya tadi awak kata nak observe kelas saya," ujar Cikgu Azizah kelegaan.

"Okey, terima kasih cikgu," ucap kami gembira.

A
ku kata dalam hati: "Mengong nye budak Akheer. Nak terkencing cikgu tu bila dengor ko cakap nak observe..Pe r ko ni Akheer..haha". Kami pun mula menjalankan pemerhatian...Baru je kejap perhati, kami terkejut:

"KENAPA AWAK TAK PAKAI BAJU PJ HAH???"

"KENAPA AWAK DATANG LAMBAT???"

"AWAK INGAT SAYA NI TUNGGUL KE KAT PADANG NI HAH???"

"AWAK INGAT SAYA NI KULI BATAK AWAK NAK TUNGGU AWAK KE HAH???"

"AWAK SEMUA MEMANG SUKA MENAIKKAN DARAH SAYA!!!"


Terkejut beruk iR dan kawan2...haa..ingat tak garang tadi...mane tak nye...handle 6 kelas utk subjek PJ dari pukul 7.20 sampai 9.50..pastu handle training hoki lg..hu3...memang cian kat cgu Azizah...Apepown, time kasih byk2 cikgu sebab beri kebenaran kpd kami untuk buat sikit pemerhatian kelas PJ ni..Jasamu amat kukenang..ha3..

9.50 pagi. Rehat. Melantak mi kari..pergghh...sodaaap...terasa kehebatan masakan air tangan orang johor yang hebat-mebat..haha..terbang RM2.50
iR..hu3..sembang-sembang dgn Cikgu Rajab kejap, setengah jam lepas tu, kami beransur ke bilik guru. Nak ke mana pulak lepas ni ek?? Haha..macam besa lah...memborong kelas-kelas yg kosong...cerempet...cikgu outstation lenggang kaki...iR dan kawan-kawan plak yang merana kat sini..adeh..huhu..iR kene ganti Cikgu Azizah PJ td..kelas 3 Cekal...mak aii...kelas semalam kot..haha...memang pecah pale...budak cam s***l...huhu...siap merengek-rengek mintak dimanjakan..ha3..xde hal lah kalau iR yang handle..hoho...okeh, rakan2 pembaca yang budiman, sehingga berjumpa lagi dalam nukilan akan datang...Sekian, terima kasih. Assalamualaikum...=)

Tiada ulasan:

.