Isnin, 14 September 2009

Entahla..Bila nak berubah aku pun tak tahu..



Ada satu cerita nk btaw kat sini...dengar baik2 ya..

Ada dua orang sahabat baik. Mereka telah berkenalan selama hampir tiga bulan. Seorang bernama kucing dan seorang lagi bernama tikus. Apa yang menariknya, mereka sebaya dari segi usia walaupun berbeza spesies dan genus. Kucing berasal dari utara manakala tikus berasal dari selatan. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari...

Tikus berkata kepada kucing, "Weyh kucing, ak tengok kenape la ko ni susa sangat nak jaga sembahyang hah? Dari pagi sampai ke malam ak tengok ko ni selalu terumbang-ambing dengan selok-belok duniawi. Ralit tak sudah. Henpon baru dah kat tangan, laptop baru dah atas meja. Tapi, perangai tak penah bak baru-baru. Ngape hah?" getus tikus dalam nada yang agak berangin.

"Gitu lah kawan. Tak boleh nak lebih kurang sikit la ko ni tikus," bentak kucing kembali.

"Aku tengok ko ni umur dah makin naik tua. Ko 21 aku pun 21 jugak. Ak nak ko tahu satu benda kucing. Nak-nak sangat ko tahu." bidas tikus kembali.

"Ape dia tikus?" tanya kucing ingin tahu.

"Sebenarnye kan, dalam hidup aku bersama-sama dengan kawan-kawan, ak tak berapa kesah sangat dalam banyak hal. Tapi aku cukup pantang dalam sembahyang. Sembahyang bukan benda boleh buat main-main. Aku tengok ko ni dah macam 'devotee' sekular la tau. Ko tahu tak sekular tu haper?" ujar tikus panjang-lebar.

"Ala, ko ni tikus janganlah lebih-lebih pulak. Aku tahu la ape yang aku buat. Ko iangat aku tak tau ke batas-batas agama hah, hukum-hakam halal haram tu. Jangan ko pikir ko penah ngaji skola pondok dulu, ko boleh nak ajor ak macam-macam. Ilmu ak lagi banyak daripada ko la tikus. Tak padan dengan kecik langsung. Cermin la sikit diri kemetot ko tu tikus. Kucing menempelak kenyataan tikus dengan nada bongkak.

Darah muda tikus (ceh, muda lah sangat) bingkas naik menyirap. Degupan jantung tikus turut luar biasa daripada degupan sedia kala. Namun begitu, tikus cepat-cepat bertenang dan tidak mengembil tindakan yang keterlaluan terhadap kucing.

"Ya, aku tau aku memang tak hebat seperti engkau kucing. Ko ada ilmu agama yang sangat tinggi malah melebihi aku. Tapi apa guna ko mengaji benda-benda tu tapi ko tak aplikasinya??? hentam tikus geram. Yang kesiannya lagi, ko ada ilmu tu tapi ko makin bertambah sesat, lintang-pukang hidup. Ko tau tak sakit hati aku nak kejut ko tiap-tiap pagi suruh sembahyang subuh?? Kalau sekali dua takpelah. Masalahnya dah berpuluh-puluh kali ko buat benda yang sama. Kalau gerak ko bangun terus, takpelah. Dah la susah nak bangun, tidur mati pulak tu. Ko tau tak sakit hati aku ni sampai rasa nak hempuk-hempuk je ko dengan periuk nasik ko kat dapur tu tau!!! Subuh lebur, sembahyang lain lagilah hancus. Boleh pulak ko jadik musang tengah malam-malam buta sampai ke pagi main YM berjam-jam tah dengan betina sundal mane tah? Heran ak dengan ko ni kucing. Sangat-sangat heran. Benda-benda lain ko amek berat. Tapi bab sembahyang ko buat tak ambik pusing je. Ko ingat ko ni Tuhan ke hah? Ko tengok kawan satu madrasah ngan ko, Pak Manggis. Lain giler ar aku tengok dia berbanding dengan ko. Sembahyang dia jaga walaupun kadang-kadang terlajak. Itu takpela dah tak sengaja. Yang engko ni, dah la ak jenuh nak ngejot suh sembahyang. Nampak sangat ko ni sengaja tak nak sembahyang. Ape jenis makhluk ko ni hah?" marah tikus kembali.

Kucing terkejut. Kaget. Pucat muka kucing mendengar leteran dan kata-kata yang dihambur keluar dari mulut tikus yang kecil. Pedas telinga dek penangan cabai, kucing berlalu meninggalkan tikus yang terpaksa berfikir berkali-kali sama ada menjaga hati kawan semasa di dunia atau menjaga hati kawan semasa akhirat nanti.

Nota:

Bersetuju dan berada pada pihak tikus. Apa yang dikatakan oleh tikus adalah benar dan jika aku menjadi mak kucing itu, aku akan pepah buntut kucing dengan bambu sampai birat.
Sebagai seorang manusia bergelar makhluk hamba abdi Allah swt, hidupku perlu berteraskan dua asas iaitu rukun Islam dan rukun iman. Retak kedua-dua benda tu, maka hancurlah kehidupan aku sebagai insan Islam yang beriman. Tiada guna ilmu setinggi gunung 8848 meter jika tiada penghayatan dan pengamalan yang ikhlas dan penuh kesedaran daripada penuntutnya. Aku bercakap ini biarlah ada orang yang nak marah aku ke, nak benci aku ke. Tapi aku buat benda ini sebab aku berasakan tindakan aku ni betul dan bertepatan dengan waktunya. Ko memang terlepas kat sini tapi belum lagi dapat menjamin pelepasan di sana nanti. Tolong lah...aku merayu sangat-sangat kat ko...tolonglah berubah...tolonglah berubah...bukan untuk diri aku. Untuk diri ko jugak...aku takut nanti aku boleh masuk syurga dengan gembira ada la pulak sauk yang tarik kaki aku masuk neraka. Sebab apa? Hah, yang tu yang kita tak tahu. Sebab ko mendakwa aku tak bagi nasihat kat ko la..ape la..tolong la..aku merayu sekali lagi.Berubahlah untuk kebahagiaan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

p/s: Cerita tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika ada, hal tersebut adalah kebetulan sahaja.=)

Tiada ulasan:

.