Khamis, 27 Ogos 2009

NILAINYA...




Pejam celik pejam celik sudah masuk hari keenam kita menjalani ibadah puasa. Saya masih teringat dahulu ketika berumur lapan tahun. Ibu saya pernah berkata "Esok jom puasa Apis. Satu hari Apis puasa mak bagi upah RM1. Kalau Apis puasa penuh 30 hari, mak bagi RM30.". Terasa lucu pula apabila mengimbas kembali memori tersebut. Namun begitu, persepsi tersebut telahpun berubah seiring dengan kematangan fikiranku. Berpuasa kerana Allah dan bukanlah semata-mata kerana dorongan lain. Itu cerita dahulu untuk menaikkan semangatku supaya turut berpuasa. Sekarang tidak lagi.=)

Tiada ulasan:

.