Sabtu, 22 Ogos 2009

HARi PERTAMA



Hari pertama berpuasa. Bermacam-macam perkara terbayang dalam benak pemikiran kita. Belum pun cukup sehari berpuasa, sudah bermacam-macam benda yang diborong.Hehe. Kuih-muih, ayor buah, pelbagai jenis nasi, malah 'Snack Plate' pun turut termasuk dalam senarai. Apapun, janganlah kita menyalahtafsirkan apa sebenarnya yang terdapat dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Puasa tetap puasa. Berbuka tetap berbuka. Namun begitu, sentiasalah kita menjaga kesihatan fizikal, mental, dan rohani sepanjang menempuh bulan umat Muhammad s.a.w ini. Jangan jadikan bulan Ramadhan semata-mata sebagai alasan untuk kita mengambil kesempatan atas kepentingan diri kita sendiri. Selamat berpuasa, selamat berbuka puasa, dan selamat menunaikan solat sunat Tarawikh.=)

Tiada ulasan:

.