Selasa, 6 Januari 2009

Tiga?

Utusan Malaysia Online 6 Januari 2009

KUALA TERENGGANU 6 Jan. – Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Bebas.

BN yang diwakili oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.13 pagi.

Calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut pula menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.18 pagi.

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.58 pagi.

Pengumuman pengesahan pertandingan tiga penjuru itu diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya, Datuk Mat Razali Kassim pada pukul 11.28 pagi.


Telah lengkap. Sekarang adalah masa untuk menunjukkan siapa lebih pandai dan cekap menarik penduduk dalam parlimen Kuala Terengganu untuk memangkah calon masing-masing. Dengan BN menjanjikan seribu macam limpahan pembangunan dan pembaharuan jika kembali dipilih sekali lagi menguasai parlimen tersebut. Huh, janji buaya. Ketika inilah pemimpin dan jentera berbondong-bondong melawat rumah ke rumah untuk meraih undi. Begitulah lumrah senario politik di Malaysia yang tidak pernah hilang serinya. Selepas dipilih, janji hanya tinggal janji.

Seperti pasangan kekasih ketika sampai ke tahap klimaks percintaan, si L akan berkata 'Biar lautan berapi, ombak tsunami ganas menggunung, namun kita tidak akan terpisah selama-lamanya.' Alah, sekali tengok lepas dah bocor si P itu, habis sepah dibuang. Begitulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada ... .Ops, cukuplah.


Mohd. Abdul Wahid Endut pula seolah-olah ketandusan isu dan terpaksa menimbulkan perkara sensitif. Baru-baru ini, lima orang penyokong pembangkang telah diberkas polis kerana didapati menampal poster mendiang Altantuya Shaariibuu sebagai cara untuk meraih undi. Ternyata pembangkang sanggup bermain taktik kotor dan tidak senonoh hanya untuk meraih sokongan pengundi. Tidak dinafikan saya menghormati Mohd. Abdul Wahid Endut yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam dek kejayaannya mempertahankan kawasan kubu PAS itu selama empat penggal berturut-turut. Mati kutu BN. Huhu... Tabik Wahid Endut!!! Hahaha...

Kehadiran Azharudin Mamat sekadar pelengkap seri pilihan raya kali ini. Sebenarnya beliau tidak kisah jika tewas pada pertandingan kali ini. Cukuplah sekadar berjaya memecahkan undi dua calon perdana di atas, beliau sudah berpuas hati. Namun begitu, jika beliau menumpang tiket mana-mana parti dan pandai bermain retorik, maka tidak mustahil kemenangan mengejut berpihak kepada beliau. 'Chaiyok' Azharudin!!!

Walau apa pun, sama-samalah kita lihat apa yang berlaku 17 Januari ini. Tidak mustahil akan berlaku kezutan seperti yang diungkapkan Aznil Nawawi ketika menghoskan rancangan Akademi Fantasia. Ingat, politik Malaysia penuh dengan kejutan dan apa-apa sahaja akan berlaku selepas ini.=)

Tiada ulasan:

.